16 December 2014

Gadis Dicekup Ketika Cuba lArikan Diri Setelah Lahirkan Bayi Dalam Semak

-- --

TEMERLOH - Seorang wanita berjaya ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri dan meninggalkan bayi yang baru lahir dalam semak di bandar ini, pagi tadi.

Wanita yang berusia lingkungan 20-an itu berjaya dihalang dari cuba melarikan diri setelah melahirkan bayinya dalam semak.

Wanita itu dikatakan cuba bersalin sendiri di dalam semak menyebabkan banyak tumpah darah.

Menurut sumber, wanita terbabit enggan bersalin dan mendapatkan rawatan di hospital kerana takut rahsianya terbongkar. Ketakutannya itu memaksa dirinya mengambil tindakan drastik sehingga membahayakan nyawa diri dan bayinya.

Si ibu dan bayi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - MYMEDIAHUB